Sunday, November 8, 2009

SUSU BIOLAC (HOT SELLING)


Khusus untuk anak damit. Biolac merupakan susu yang di pasteur, mengandungi kombinasi khas garam tisu biokimia yang diformulasikan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail.

Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia :
1) Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
2) Kecergasan dan kecerdasan.
3) Mencegah gangguan kesihatan.
4) Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi.
5) Membuang bahan toksin dalam badan.
6) Membaiki penghadaman, percernaan dan perkumuhan.
7) Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.

Tuesday, October 6, 2009

SUSU INTEL-LAC


Istimewa untuk pelajar.

Membekalkan zat untuk perkembangan intelak dan minda. Mengandungi protein, kalsium, magnesium dan zat besi untuk memberi tenaga, menguatkan tulang dan gigi, membaik pulih saraf dan otot yang lesu, serta memberi tumbesaran yang sempurna.

Menggunakan koko bermutu tinggi dan mempunyai khasiat pemakanan yang sangat naik untuk fizikal dan mental. Ia juga meningkatkan serotonin untuk merangsang otak menghasilkan perasaan tenang dan yakin.

Wednesday, September 9, 2009

GASTRO-LAC


GASTRO-LAC untuk masalah gangguan pencernaan dan gastrik. ia dapat mengawal kuantiti jus gastrik yang terhasil dalam perut. Apabila asid dalam perut berkurangan, proses penghadaman turut menurun. Dengan itu pencernaan makanan di dalam usus akan berlaku dengan lebih sempurna lagi. Ia juga dapat mengatasi masalah kembung.

BIOFIBER


BIOFIBER sesuai untuk :

  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  • Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
  • Meningkatkan fungsi usus dengan menyeimbangkan mikroflora, mengurangkan sembelit dan meningkatkan pergerakan usus.
  • Merawat masalah diarea (cirit)
  • Mengurangkan serum kolestrol dan diabetes (kencing manis).
  • Membolehkan nutrien diserap dengan sempurna.
  • Membersihkan darah daripada toksin dan sekaligus membersihkan darah.
  • Mencegah jangkitan yang disebabkan oleh kuman berbahaya.
Ia juga membantu mengatasi :
  • Berat badan berlebihan.
  • Gastrik.
  • Kembung.
  • Mengurangkan risiko kanser.

NOMO MIGREN


Nomo Migren adalah satu produk homeopati yang di ilhamkan hasil merawat pesakit-pesakit dengan masalah berkaitan selama beberapa tahun. Jika simptom simptomnya bertepatan dan ubat diambil seperti yang diarahkan, Insya Allah masalah tersebut dapat diatasi. Ia merawat masalah sakit kepala dan masalah yang berkaitan.

Jenis-jenis sakit kepala :
  • Akibat ketegangan (Biasanya hadir waktu bangun dari tidur dan akan berterusan sepanjang hari, tekanan atau akibat letih)
  • Berkaitan dengan kawasan kesakitan berhampiran ( Kesakitan dari mata, sinus, hidung, gigi dan tengkuk)
  • Migrain ( Migrain ialah sejenis sakit kepala yang tenat dan dirasai di sebelah bahagian kepala)
  • Sakit kepala intrakranium (Disebabkan oleh pengembangan arteri serebrum)
Pantang Larang :
Kopi atau yang mengandungi kafein dan makanan alahan

Tuesday, August 25, 2009

STAMINEX


STAMINEX istimewa buat ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja (tidak mengandungi steroid). Memberi tenaga tambahan pada tubuh yang sudah letih lesu. Mencegah krem anggota dan mencegah seliuh.
Lain-lain kegunaan :
-Menghentikan pendarahan
-Membunuh bisul yang hendak membentuk / mempercepatkan proses penyembuhan
-Sakit-sakit pinggang, dada, anggota akibat kerja keras
-Amat baik bagi golongan veteran yang zaman mudanya bekerja keras
-Bagus dimakan sebelum memandu kereta dalam perjalanan jauh
-Rasa malas dan lembap pergerakkan
-Menguatkan jantung
Kemugkinan kesan mudarat :
Bisul - Terjadi pada mereka yang berdarah kotor dan ini proses pembersihan

Friday, August 7, 2009

NOMO MAMOLO


Khusus bagi wanita untuk membantu pertumbuhan payudara yang sihat dan cantik serta menegangkannya.

Pantang Larang :

Untuk membantu keberkesanan tindakan NOMO MAMOLO berpantanglah daripada kopi dan sebarang minuman yang mengandungi kafeina. Elakkan juga daripada mengambil garam berlebihan.

NOMO GAZ


Merawat masalah gaster, sakit dalam perut, perut membakar, panas hulu hati dan kembung.

Pantang Larang :

Sementara sedang berubat, elakkan minum kopi, makanan pedas dan masam, rempah-rempahan, masakan kari, cili sambal, air bergas, makanan berminyak atau di goreng.

Nasihat Tambahan :

Disaran minum bersama susu gastrolac.

NOMO SPEX




Mata adalah salah satu organ deria yang sangat utama oleh kerana fungsinya yang sangat penting. Oleh itu mata hendaklah dijaga dengan baik bagi menjamin penglihatan yang baik. Namun demikian pelbagai masalah boleh menggangu mata. Antara masalah kerap mengganggui ramai orang ialah penglihatan yang kabur iaitu miopia, hiperopia, presbiopia dan astigimatisme.


* Miopia (Rabun Jauh)
Miopia berlaku apabila mata tidak berupaya memfokus imej objek jauh tepat di fovia atas retina. Malah imej terentuk di depan retina. Akan tetapi objek dekat boleh dilihat dengan terang. Biji mata seseorang yang menghidap miopia adalah berkeadaan sedikit memanjang dari ke belakang

* Hiperopia (Rabun Dekat)
Rabun dekat (hiperopia) terjadi apabila seseorang itu tidak dapat melihat dengan jelas objek yang berada hampir dengan mata. Akan tetapi kalau objek tersebut berada agak jauh daripadanya maka ia dapat melihat dengan jelas. Hal ini Berlaku kerana imej objek tidak terbentuk di retina, malah terhasil di belakang retina. Ini disebabkan oleh sama ada kanta yang agak pendek sehingga
menjadi tebal di tengah atau biji mata itu agak mengempes.

* Presbiopia (Rabun Tua)

Gangguan ini kerap terjadi pada orang-orang yang sudah lanjut usia, di mana kanta mata sudah tidak begitu anjal lagi sehingga menyebabkan payah hendak memfokus imej di retina.

* Astigmatisme

Masalah ini timbul akibat usaha kornea (bahagian depan mata) melentik dengan tidak elok. Imej yang terbentuk adalah dalam keadaan herot-berot. Oleh itu agak sukar untuk mengecam imej yang terbentuk itu.

Amalan biasa dalam usaha memulihkan penglihatan jelas bagi mereka yang menghidap masalah-masalah di atas, terutamanya Miopia, Hiperopia dan Presbiopia ialah dengan mengenakan cermin mata atau kanta sentuh (contact lens).

Namun demikan apabila keadaan kekaburan kian meningkat, maka kedua-dua jenis alat bantu penglihatan ini terpaksa diganti dengan membetulkan kuasa kanta ( power of lens).

Setelah mengkaji dan menjalankan penyelidikan yang agak lama juga maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan suatu rumusan khas untuk mengatasi masalah kekaburanpenglihatan akibat Miopia, Hiperopia dan Presbiopia (dan mungkin juga Astigmatisme) yang diberi nama NOMO SPEX.

NOMO SPEX disediakan daripada rumusan ubat-ubatan Homeopati yang tidak mangandungi kesan mudarat terhadap pengguan. NOMO SPEX bertindak dengan cara-cara berikut:

* Mengembalikan keanjalan pada otot-otot silium dan kanta bagi memudahkan penumpuan imej pada fovia retina.

* Menjernihkan kekeruhan akibat endapan hablur dalam gelemaca dan gelemair.

* Memberi ketonikan kepada sel-sel rod dan kon di retina

* Memulihkan kesegaran saraf optik yang berfungsi membawa rangsangan penglihatan dari mata ke otak untuk ditafsirkan dan disimpan.

CARA MAKAN

Dikemam atas lidah 1 tablet setiap kali. Makan 1 biji pagi dan 1 biji malam. Makan selama 3 hari, berhenti 3 hari. Ikut aturan hingga habis. Merawat masalah penglihatan mungkin memakan sedikit masa untuk sembuh. Namun demikian anda akan meraisai keadaan semakin pulih apabila cermin mata yang berkuasa yang anda pakai sekarangtidak lagi rasa sedap. Kalau ada cermin mata lama, mungkin anda kena pakai semulayang lama itu.

PANTANG LARANG

Sementara sedang berubat, elakkan minum kopi, makanan berlemak atau yang digoreng, kicap dan garam berlebihan. Apabila sudah sembuh, bolehlah dimakan perkara-perkara itu dengan sangat sederahana.

AMALAN YANG DIGALAKKAN

Apabila bangun dari tidur anda dinasihatkan memandang tumbuh-tumbuhan hijau.

NASIHAT TAMBAHAN

Jangan terlalu banyak melihat punca cahaya yang terang. Kalau menggunakan komputer sebaiknya digunakan penapis sinaran.





NOMO SKINDIS


Khusus untuk pelbagai penyakit kulit.

menyembuhkan penyakit kulit seperti :

* Gatal kulit atau gatal di mana sahaja
* Terasa merayap dan menyeram di kulit
* Erupsi dan ruam
* Kulit berwarna merah
* Panau, Kurap dan Kayap
* sengkela di celah paha
* Kudis-kudis
* Masalah kuku
* Ekzema (Kering / Basah)
* Kulit merekah, Jerawat
* Kudis buta
* Bisul
* Demam campak

Kemungkinan kesan mudarat ringan :

Penyakit itu terus hilang, tanpa mendatangkan apa-apa kerumitan, atau akan timbul sedikit kemelaratan simptom sebelum penyakit sembuh.

Pantang Larang :

Jangan makan makanan yang menyebabkan kulit gatal seperti ikan-ikan tertentu, udang, ketam, sotong, belacan dan seumpamanya.

Tuesday, July 21, 2009

NOMO SNIZ


Baik untuk merawat resdung, gatal hidung, mata dan muka, berhingus dan bersin, alahan pada air dan angin, debu serta habuk.


Ia dapat bertindak mengurangkandan akhirnya menghapuskan gangguan resdung dengan cara membentu tubuh mengeluarkan segala kotoran beracun daripada sistem pernafasan dan menguatkan tubuh daripada kesan dedahan kepada alergen. Tubuh yang kuat tidak mudah mengalah dan dengan itu tidaklah timbul lagi masalah alahan.



Peringkat awal pengambilan NOMO SNIZ, anda mungki dapati bersin dan hingus bertambah, ia adalah sementara dan adalah petanda baik kerana tubuh sedang bertindak menghapuskan lendir yang kotor dan beracun daripada sistem pernafasan. Dalam sedikit masa keadaan akan pulih dan anda akan menikmati kesihatan yang unggul.

Wednesday, July 15, 2009

STAMINEX


Istimewa buat ahli sukan / orang yang kuat bekerja.


Memberi tenaga tambahan kepada tubuh yang sudah letih lesu. Berguna kepada ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja. Bagus dimakan sebelum dan selepas memandu kereta dalam perjalanan jauh. Tidak mengandungi steroid.


Mencegah krem anggota dan mencegah seliuh. Kalau sudah terseliuh, menggunakannya akan menghilangkan masalah tersebut, juga menghilangkan linu, lenguh dan lebam.


* Juga untuk merawat masalah urat seperti sakit-sakit pinggang, dada, anggota akibat kerja keras.


Lain-lain kegunaan:


* Menghentikan pendarahan.

* Membunuh bisul yang hendak membentuk / mempercepatkan proses penyembuhan.

* Sakit-sakit pinggang, dada, anggota akibat kerja keras.

* Amat baik untuk warga veteran yang zaman mudanya bekerja keras.

* Bagus dimakan sebelum memandu kereta perjalanan jauh.

* Rasa malas dan lembab pergerakkan.

* Menguatkan jantung.


Kemungkinan kesan mudarat ringan : Bisul - Terjadi pada mereka yang berdarah kotor & ini proses pembersihan.

ASMAKUR

Di perbuat daripada beberapa jenis herba & rempah-rempahan, berkhasiat terhadap sistem pernafasan, melokah kahak, menghilangkan keradangan, meredakan batuk dan kerengsaan tekak, melonggarkan pernafasan dan kesesakan dada.


Berperisa strawberi sesuai dengan selera seisi keluarga


Kemungkinan kesan mudarat ringan : Tiada

EKONOPEK PHOS-X


Khusus untuk kaum lelaki. Mengandungi lebih 19 jenis herba termasuklah tongkat Ali, ubi jaga, galak tua, rancang besi, rempah gunung dan lain-lain lagi.


Berkhasiat untuk menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, menguatkan pinggang, menghilangkan sengal dan bisa urat, kencing tak puas, masalah tekanan darah tinggi, mengawal kandungan gula dalam darah & kencing serta melancarkan aliran darah.


Pantang Larang : Air kelapa dan air limau nipis.

Monday, July 13, 2009

MAILA


Berfungsi sebagai emanagog (agen merangsang haid), merawat masalah keputihan dan senggugut, menguatkan otot rahim, mengempiskan perut, menghilangkan rasa panas di kaki, menjarakkan kehamilan serta untuk awet muda

EKONOPEK GRIPTITE


Di perbuat daripada herba terpilih termasuklah Kacip Fatimah, Bunga Patma, Rempah Gunung, Tutup Bumi dan sebagainya. Istimewa untuk mengatasi banyak masalah kaum wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum. Ia membantu mengatasi masalah sengugut, perut buncit dan awet muda. Untuk wanita lepas bersalin pula ia untuk mengempiskan perut, mencegah meroyan, membuang angin, mengatasi sembelit, mengecutkan organ peranakan dan memberi tenaga. Golongan remaja boleh mengamalkan produk ini sekiranya mengalami masalah keputihan di samping menguatkan otot-otot. Menghilangkan sakit keputihan (leukorea) dan melazatkan hidup perkelaminan.




Di lengkapi dengan Jitra Tab : Memberi tenaga dan kekuatan, melancarkan aliran darah, mencairkan lemak, melicinkan pergerakkan dan pembuangan najis, membuang kembung angin, mengenakkan tidur, mengeluarkan toksin melalui peluh, dan selesma. Melegakan sengal otot, sendi dan kebas anggota.




Lain-lain kegunaan :




1) Tekanan darah tinggi


2) Kencing manis


3) Awet muda




Pantang larang :




Air kelapa & limau nipis

Sunday, July 12, 2009

SALINDAH (HOT SELLING)


SALINDAH - Rencana pemakanan jagaan & rawatan kehamilan yang lengkap dari mula hamil hingga lepas pantang

Produk B1-B6 (Sebelum melahirkan)

L7-L12 (Selepas melahirkan hingga habis pantang)


Khasiatnya :-


B1 - Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu yang mengandung.
(Minggu ke 12 hamil)

B2 - Untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian.
(Minggu ke 24 hamil)

B3 - Untuk pembinaan saraf dan otak anak serta mencegah simpul biawak.
(Minggu ke 28 hamil)

B4 - Memperbetulkan kedudukan bayi, menghilangkan alamat palsu, mengendur dan
menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan untuk
memudahkan kelahiran.
(4 minggu sebelum bersalin)

B5 - Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4. Memberi daya teranan labour
sewaktu bersalin.
(2 minggu sebelum bersalin)

B6 - Menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan serta menguatkan
daya teranan serta memudahkan keluarnya anak.
(1 minggu sebelum bersalin)

L7 - Menyembuhkan luka dan jahitan dengan cepat. Boleh digunakan sebagai sapuan di
bahagian pusat bayi.

L8 - Membantu mengurangkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah dan mencegah sakit
meroyan.
(5 jam selepas bersalin)

L9 - Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, membetulkan urat-urat yang putus
dan menyusun semula alat peranakan.
(Hari ke 2 selepas bersalin)

L10 - Mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula.
(Hari ke 6 selepas bersalin)

L11 - Tonik istimewa untuk memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman
dan pembuangan najis.
(Hari ke 7 selepas bersalin)

L12 - Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin agar sentiasa sihat & segar.
(Hari ke 21 selepas bersalin)




Thursday, July 9, 2009

EXAMO CKM 500 (HOT SELLING)


EXAMO CKM 500 bertindak 4 cara iaitu :


a) Mencerdaskan akal

EXAMO CKM 500 mampu mencerdaskan otak kerana ia membantu menyuburkan dendron dan demdrit. Dendron berfungsi mengumpul meklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat yang dapat disimpan oleh otak. Sentuhan antara sinaps (sinaps kasosomatil dan aksodenteritik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehandaki. Satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin , pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur jika dibandingkan dengan orang bodoh.

b) Menguatkan ingatan
Lamah daya ingatan ataupun lemah daya unutk mengingat membawa kepada masalah lupa. Kelemahan daya dan tenaga boleh dikuatkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Shuessler menunjukan enam jenis garam tisu biokimia yang diperlikan oleh otak sebagai makanan. Tetapi berdasarkan analisis Prof. Dr. Azizan Hj Ismail, tiga garam tisu biokimia memadai iaitu kalsium fosfat, Kalium Fosfat dan magnesium fosfat . Rumusan istimewa ketiga-tiga garam tisu ini terdapat di dalam EXAMO CKM 500.

c) Menambah Tenaga Mental

Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali daripada tindak balas kimia, sama seperti "rechargeable battery". Tenaga kimia yang terhasil dan tindak balas ini boleh di ubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini di kenali sebagai proses elektrokimia.

Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Proses ini mungkin tidak berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus. EXAMO CKM 500 mempunyai ciri-ciri keperluan proses elektrokimia.

d) Mendatangkan ketenangan

Bagi mereka yang menduduki mana-mana peperiksaan atau ujian memang berperasaan tidak tenang. Biarpun membaca nota dan buku, namun orang yang tidak tenang tidak dapat mengingati pelajaran malah wujud perasaan lain seperti resah gelisah sehingga menimbulkan rasa takut dan hilang keyakinan diri. EXAMO CKM 500 dapat mengurangkan serangan panik menghadapi peperiksaan, mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.

** TERDAPAT DALAM BENTUK EKONOPEK